Wahai pelajar Ting. 3 yang disayangi,

semua guru dan warga SMK Tropicana berdoa agar semua pelajar Ting. 3 SMK Tropicana dapat lulus dengan cemerlang. Buatlah persiapan awal. Sediakan alat-alat tulis di dalam beg kecil (plastik), bawa kad pengenalan dan slip peperiksaan. Lihat jadual peperiksaan betul-betul supaya tidak tersilap/terlupa tarikh. Ingatkan kawan-kawan akan kertas peperiksaan yang akan dihadapi supaya tidak lupa. Ulangkaji bersama supaya dapat mendapat ilmu bersama. Tanyalah guru sekiranya ragu-ragu. Tidur awal supaya bersemangat untuk menjawab kertas peperiksaan nanti. Kalau tidak tahu untuk menjawab, cubalah dahulu. Jangan putus asa dan jangan hantar kertas jawapan kosong! Kalau anda berjaya, cikgu-cikgu di sini juga tumpang gembira. Semoga maju jaya!

Pn.Khor