Mulai 3hb April 2015, KPM telah mengarahkan untuk memberhentikan semua pekerja bukan warganegara yang ada di sekolah. Oleh itu, semua tukang cuci dan tukang sapu di sekolah telah diberhentikan. Maka, semua warga SMK Tropicana perlu berganding bahu untuk memastikan kawasan kelas dan sekolah adalah dalam keadaan teratur dan bersih. Harap maklum.