AKTIVITI 2012


Aktiviti yang telah dijalankan di sekolah:

* Hari Orientasi Tingkatan 1

* Program Maju Diri

* Program Motivasi Pelajar

* Merentas Desa

* Minggu Bahasa

* Pemberian Portal Score A Percuma kepada 30 orang pelajar

 * Minggu Anti Dadah

* AGM PIBG 31hb Mac 2012

* MSSD Bola Sepak 26hb Mac 2012

* Latihan Sofball 2-6hb April 2012

* Lawatan ke UPM 4hb April 2012

* Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang

   4hb April 2012 di UITM 8.30pm

* Latihan Bola Jaring 5-6hb April 2012

* Minggu Program Nilam 9hb  April 2012

 

* Pertandingan MSSD Sofbol di SMK Tropicana (Tuan Rumah untuk 2012)- Pasukan SMK Tropicana mendapat Naib Johan Peringkat Daerah 2012.

* Lawatan Sambil Belajar ke Gua Tempurung pada 16hb April 2012 untuk pelajar Persatuan Bahasa Cina. 

* Ceramah Bahasa Cina untuk ahli Persatuan Bahasa Cina di dewan tertutup SMK Tropicana pada 18hb April 2012.

* Ceramah Teknik Menjawab Bhs. Inggeris PMR dan SPM pada 20hb April 2012 di Dewan Tertutup untuk pelajar Tingkatan 3 dan 5.

* Minggu Sains dan Matematik mulai 23hb April 2012 hingga 27hb April 2012.

* Ceramah Teknik Menjawab Soalan Kimia dan Sains di Dewan Tertutup pada 25hb April 2012.

* Taklimat oleh En.Kenneth Khor dari Syarikat Kenshido kepada pelajar-pelajar Ting. 3 yang menerima Portal Score A percuma pada 25hb April 2012 di Makmal Komputer.

* Perkhemahan KRS peringkat negeri tahun 2012 di SK Cerakah, Felda Bukit Cerakah Klang pada 25hb hingga 28hb April 2012. Berkumpul dan bertolak dari SMK Seskyen 10 Kota Damansara pada pukul 7.30 pagi. 

* Program Imej Diri Remaja Sihat diadakan di Dewan Tertutup untuk pelajar Tingkatan 1 dan 2 pada pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari pada 4hb Mei 2012.

* Hari Anugerah untuk pencapaian cemerlang tahun 2011 diadakan pada 12hb Mei 2012 di Dewan Terbuka pada pukul 8.30 pagi.

 

 

* Sambutan Hari Guru di sekolah pada 16hb Mei 2012 dan 25hb Mei 2012 di tapak perhimpunan.

 

* Lawatan sambil belajar pada 13hb Jun 2012 ke Petrosains, Kilang batik dan Istana Negara.

* Perlantikan pengawas dan pengawas pusat sumber baru tahun 2012 pada 25hb Jun 2012.

* Saringan sukan pada 26hb dan 28hb Jun 2012 selepas waktu persekolahan di padang sekolah.

* Kem Badan Beruniform pada 28hb hingga 30hb Jun 2012. Pelajar-pelajar bermalam di sekolah dengan pengawasan guru-guru.

* Majlis Perpisahan Pengetua Pn. Sakiah bt Saad pada 9hb Julai 2012 di tapak perhimpunan.

   

* Senamrobik 1Murid 1Sukan telah diadakan pada 10hb Julai 2012 di tapak perhimpunan.

  

 * Kejohanan Sukan Sekolah telah diadakan pada 10hb Julai 2012 di padang sekolah.

 

   

* Pelancaran Sambutan Bulan Merdeka di tapak perhimpunan sekolah pada 30hb Julai 2012.

* Majlis Solat Hajat PMR dan SPM di surau pada waktu malam Jumaat, 10hb Ogos 2012 bersama ibu bapa, pelajar dan guru-guru.

  

* Kursus Peningkatan Prestasi SPM Bahasa Cina 2012 disertai oleh 33 orang pelajar dan diiringi oleh Pn. Tiong pada pukul 7.30 pagi hingga 1 petang.

* Penyertaan ahli Persatuan Bahasa Cina dalam Pertandingan Tarian Cina pada 18hb Ogos 2012 di Tokong Thean Hou, K.L. Mereka diiringi oleh Pn. Tiong dan Pn. Lain dan telah memenangi Hadiah Cemerlang peringkat negeri. 

* Program keceriaan (melukis mural di dinding sekolah) dijalankan oleh Panitia Seni yang diketuai oleh Pn. Lim B.T.

   

      

* Sambutan Hari Kemerdekaan pada 30hb Ogos 2012 di tapak perhimpunan sekolah.

  

* Program Motivasi Pelajar diadakan di surau untuk pelajar Islam, Makmal Bahasa untuk pelajar Cina dan Pusat Sumber untuk pelajar India sepanjang hari pada 4hb September 2012.

* Majlis Perpisahan Pn. Kee Joon Fong diadakan pada 20hb September 2012 di tapak perhimpunan.

* Hari Kokurikulum diadakan di tapak perhimpunan pada 28hb Okt 2012.

* Majlis Jamuan Hi-Tea Badan Pengawas SMK Tropicana di Tropicana Golf & Country Resort pada 28hb September 2012.

 

* Peperiksaan PMR dijalankan pada 9hb - 11hb Okt, 15hb - 16hb Okt 2012 di dewan tertutup SMK Tropicana.

* Taklimat VLE Frog diberi kepada pelajar tingkatan 3 pada 19hb Oktober 2012.

 

* Program READ Together 2012 diadakan di tapak perhimpunan pada 24hb Oktober 2012 dimana semua pelajar wajib membaca sebuah buku.

* Program Selepas PMR 2012

 

 

 

* Pelancanran Program VLE FROG dan Minggu FROG Buzz pada 2hb Nov 2012. Seramai 4 orang pelajar terpilih sebagai FROG Champion untuk membantu guru, pelajar dan pentadbir untuk program ini.

 

Tarikh kemaskini: 5hb November 2012

Make a free website with Yola