SEJARAH SEKOLAH 

SMK Tropicana dibuka pada 6hb Januari 2002. SMK Tropicana adalah sekolah jenis gred B dan pada masa itu hanya terdiri daripada 14 orang guru dan 140 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar kelas Peralihan dan Tingkatan 1.

MAKNA SIMBOL LENCANA SEKOLAH 

a) Pokok: menggambarkan nama dan identity sekolah "Tropicana"

b) Palma: Melambangkan kedamaian dan ketenangan iklim sekolah

c) 5 pelepah pada pokok palma: melambangkan 5 prinsip Rukun Negara yang perlu dipatuhi

d) Buku: Sekolah sebagai pusat pendidikan dan institusi keilmuan.

e) Mata pena: Mencatatkan segala ilmu yang dipelajari dan kejayaan yang dicapai.

f) Bulatan bergerigi: Melambangkan kepentingan teknologi kini selaras dengan wawasan Negara.

g) Hijau: Menggambarkan iklim sekolah yang damai dan tenang.

h) Kuning: Melambangkan kedaulatan.

I) Biru: Mewakili perpaduan, ketabahan dan kesungguhan dalam mencapai cita-cita dan harapan sekolah

h) Merah hati: Melambangkan keberanian, kecekalan dan kegigihan.

i) Putih: Mewakili kesucian, ketaatan dan keharmonian.

 

 SEJARAH PENGETUA SEKOLAH 

Pengetua (2002-2005):

Pn. Miss Yati Dani

Pengetua (2006- 16 Jun 2012) :


Pn. Sakiah bt. Saad

Pengetua (16 Jun 2012 hingga Mac 2016):

Pn. Ruth Cheah Kah Yok


 Pengetua (Mac 2016 hingga kini):

Cik Tee Poh Wah

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH 

SMK Tropicana sentiasa komited untuk merealisasikan visi dan misi sekolah melalui:

a) sentiasa memantau dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran berjalan serentak dengan sistem pengurusan yang sistematik, cekap dan bertanggungjawab sejajar dengan Dasar Pendidikan Negara;

b) membentuk keadaan sekolah yang ceria dan menggembirakan, penyayang serta menggalakkan imej pelajar yang positif dan berkeyakinan agar mereka dapat menggunakan keupayaan mental dan fizikal mereka ke arah kecemerlangan akademik;

c) melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang terpuji, dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran teknikal dan kebajikan sosial;

d) menyediakan prasarana kokurikulum yang luas dan menggalakkan perkembangan estetika, fizikal, akademik dan sosial di samping memenuhi keperluan kokurikulum kebangsaan; dan

e) menggalakkan suasana harmoni untuk bekerjasama sebagai sebuah organisasi yang mantap dan cemerlang.

 LAGU SEKOLAH

   Maju sekolah tercinta

Berbakti suci dan mulia

Mendidik putra putri warga setia

SMK Tropicana

Tekun gigih dan harmoni

Cipta kejayaan sejati

Ke arah kecemerlangan teknologi

Menjadi warga bestari

Kuatkan azam dan cita

Menuju wawasan hidup jaya

Bertekad terus cemerlang

Sekolah unggul terbilang

Kami berikrar sehati

Jasa pendidik disanjungi

Berdisiplin bersemangat jati diri

Teras cita-cita murni.

 

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

 MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

MOTO SEKOLAH

KECEMERLANGAN BERTEKNOLOGI

 

 STATISTIK PADA 7HB OKT 2016

JUMLAH PELAJAR             :  836

JUMLAH GURU                 :   50

JUMLAH STAF SOKONGAN :  7

BILANGAN KELAS             : 24    

Make a Free Website with Yola.